Friday, October 16, 2009

MASA MUSTAJABNYA DOA...

1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat SUBUH.
2. Selepas solat fardhu lima waktu.
3. Di antara solat Zuhur dan solat Asar.
4. Di antara solat Asar dan Solat Maghrib.
5. Ketika bangun dari tidur.
6. Selepas membaca TASYAHHUD akhir sebelum memberi salam.
7. Ketika masuk dan keluar dari MASJID.
8. Di antara AZAN dan IQAMAH dan sele[asnya.
9. Di antara TAKBIR-TAKBIR SOLAT HARI RAYA.
10.Ketika menziarahi MAKAM RASULULLAH s.a.w. di Masjid Madinah.
11.Ketika HUJAN turun.
12.Ketika membaca QUNUT bagi solat SUBUH dan lain-lain.
13.Ketika di antara DUA KHUTBAH Solat JUMAAT dan Solat HARI RAYA.
14.Ketika melakukan sesuatu pekerjaan penting atau urusan penting.
15.Ketika mengadakan majlis atau upacara yang tidak berbentuk
maksiat dan kemungkaran.
16.Ketika ditimpa kesulitan, musibah, gundah gulana atau resah gelisah.
17.Ketika berjumpa SANAK SAUDARA dan SAHABAT HANDAI yang lama berpisah.
18.Ketika hendak memulakan solat dan sesudah selesai mengerjakannya.
19.Sepanjang MALAM terutamanya di SEPERTIGA YANG AKHIR dan waktu makan SAHUR.
20.Ketika KHATAM QURAN 30 juzuk dan selepas membaca ayat-ayat AL-QURAN.
21.Ketika SUJUD dalam SOLAT khususnya pada SUJUD TERAKHIR dalan setiap SOLAT.

0 comments: