Friday, October 30, 2009
DOA MOHON SUPAYA KELUARGA TETAP DALAM IMAN
Posted by Hamba Allah on Friday, October 30, 2009 0 comments
Friday, October 23, 2009
DOA MEMOHON MANFAAT KEHIDUPAN
"Ya Allah, Aku berlindung kepadamu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar dan daripada jiwa yang tidak berasa puas."
Posted by Hamba Allah on Friday, October 23, 2009 0 comments
DOA KEBAHAGIAAN KELUARGA
"Ya Tuhanku, kurniakan bagiku isteri dan cahaya mata zuriatku sebagai penyeri dan kegembiraanku dan jadikan kami sebagai ikutan orang-orang yang bertakwa."
Posted by Hamba Allah on Friday, October 23, 2009 0 comments
DOA MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA HUTANG DAN RASA MALAS
"Ya Allah, aku berlindung daripada kesusahan dan kedukaan, daripada lemah kemahuan dan kemalasan , daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada banyak berhutang dan kezaliman manusia."
Posted by Hamba Allah on Friday, October 23, 2009 0 comments
Thursday, October 22, 2009
BERDOALAH DENGAN RENDAH DIRI DAN SUARA YANG PERLAHAN
Setiap kali kita berdoa, ingatlah bahawa tempat kita panjatkan doa kita ialah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah SWT:
Ertinya: Sama sahaja kepada-NYA sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya secara terang.
(surah al-Ra'd: 10)
Maksud kedua-dua ayat di atas jelas bahawa Allah SWT mengetahui apa yang kita sembunyikan dan apa yang kita nyatakan dengan terus terang. Sememangnya kita tidak dilarang untuk berdoa dengan suara yang nyaring, tetapi kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa berdoa dengan suara yang perlahan lebih utama dan lebih baik.
Ini dijelaskan lagi melalui firman Allah SWT:
Ertinya: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(surah al-A'raf: 55)
Posted by Hamba Allah on Thursday, October 22, 2009 0 comments
Friday, October 16, 2009
MASA MUSTAJABNYA DOA...
1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat SUBUH.
2. Selepas solat fardhu lima waktu.
3. Di antara solat Zuhur dan solat Asar.
4. Di antara solat Asar dan Solat Maghrib.
5. Ketika bangun dari tidur.
6. Selepas membaca TASYAHHUD akhir sebelum memberi salam.
7. Ketika masuk dan keluar dari MASJID.
8. Di antara AZAN dan IQAMAH dan sele[asnya.
9. Di antara TAKBIR-TAKBIR SOLAT HARI RAYA.
10.Ketika menziarahi MAKAM RASULULLAH s.a.w. di Masjid Madinah.
11.Ketika HUJAN turun.
12.Ketika membaca QUNUT bagi solat SUBUH dan lain-lain.
13.Ketika di antara DUA KHUTBAH Solat JUMAAT dan Solat HARI RAYA.
14.Ketika melakukan sesuatu pekerjaan penting atau urusan penting.
15.Ketika mengadakan majlis atau upacara yang tidak berbentuk
maksiat dan kemungkaran.
16.Ketika ditimpa kesulitan, musibah, gundah gulana atau resah gelisah.
17.Ketika berjumpa SANAK SAUDARA dan SAHABAT HANDAI yang lama berpisah.
18.Ketika hendak memulakan solat dan sesudah selesai mengerjakannya.
19.Sepanjang MALAM terutamanya di SEPERTIGA YANG AKHIR dan waktu makan SAHUR.
20.Ketika KHATAM QURAN 30 juzuk dan selepas membaca ayat-ayat AL-QURAN.
21.Ketika SUJUD dalam SOLAT khususnya pada SUJUD TERAKHIR dalan setiap SOLAT.
Posted by Hamba Allah on Friday, October 16, 2009 0 comments
Friday, October 9, 2009
DOA MEMOHON SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT
Nabi Muhammad SAW sentiasa beramal dengan DOA ini:
maksudnya:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka."
Posted by Hamba Allah on Friday, October 09, 2009 0 comments
MERANCANG HIDUP DENGAN DOA
Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa tidak akan berubah ketetapan Allah SWT kecuali dengan kekuatan DOA.
Posted by Hamba Allah on Friday, October 09, 2009 0 comments
DOALAH - PERBANYAKKAN DOA PADA HARI JUMAAT...
Posted by Hamba Allah on Friday, October 09, 2009 0 comments
Labels: VIDEO DOA
Thursday, October 8, 2009
DOA YANG MAKBUL...
1. BERDOA DENGAN IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
2. MEMULAKAN DOA DENGAN PUJI-PUJIAN KEPADA ALLAH SWT, DIIKUTI DENGAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD s.a.w.
3. MENGAKHIRI DOA DENGAN PUJIAN KEPADA ALLAHSWT DAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD s.a.w.
Posted by Hamba Allah on Thursday, October 08, 2009 0 comments