Saturday, September 26, 2009

DOA SATU ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT

DOA merupakan ungkapan permohonan yang  ditujukan hanya kepada  ALLAH SWT  semata-mata. Apabila kita mengharapkan sesuatu hajat atau keperluan dapat dicapai,  maka restu dan redha  ALLAH SWT  sentiasa dipohonkan.


DOA adalah satu anugerah  ALLAH SWT  kepada umat-NYA yang lemah dan tidak berdaya. Lantas sebagai manusia yang beriman, wajar sekali kita sentiasa insaf bahawa dalam mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan  ALLAH YANG MAHA AGUNG dan  MAHA PENGURNIA.

...Sahabat-sahabatku marilah kita BERDOALAH MULAI SEKARANG...

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri. Oleh itu, ampunkanlah diriku yang bersalah ini."


"Ya Allah, Aku berlindung kepada-MU daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar dan daripada jiwa yang tidak berasa puas."


"Ya Allah, Ampuni dosaku, kesalahanku, kebodohanku dan perbuatan melampaui batas dalam diriku, dan segala perkara yang dikau lebih mengetahui daripada diriku."

AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN.

DOA MENJANA SEMANGAT DAN HARAPAN...

Pastinya dalam mengharungi kehidupan ini ada waktunya kita tersentak bila ditimpa sesuatu musibah atau masalah. Hati menjadi gelisah, fikiran bercelaru, semuanya jadi tidak menentu.... adakalanya semangat dan harapan menjadi luntur.... adakalanya kesal tak berkesudahan... adakalanya ingin salah menyalahkan....

JANGAN bersedih... JANGAN gelisah... JANGAN berputus asa...
BERDOALAH...

FIRMAN ALLAH (Surah al-Baqarah, ayat 186)
"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai aku, maka (beritahu kepada mereka); aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku."

Maka BERDOALAH sahabat-sahabatku   semoga ALLAH SWT melepaskan segala musibah dan masalah yang sedang dihadapi... Amiin.








Friday, September 25, 2009

BERSELAWAT DI HARI JUMAAT

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud:

"SESUNGGUHNYA HARI-HARI YANG UTAMA BAGI KAMU IAITU HARI JUMAAT, MAKA PERBANYAKKANLAH MEMBACA SELAWAT KEPADAKU KERANA BACAAN SELAWATMU ITU TERUS DISAMPAIKAN KEPADAKU (PADA HARI JUMAAT )"

selawat nabi


KEUTAMAAN HARI JUMAAT...

Hari JUMAAT memiliki banyak keistimewaan dan keagungannya. JUMAAT adalah satu-satunya hari yang Allah SWT pilih untuk menjadi hari besar umat Islam dalam seminggu. Justru itu ia digelar SAIYYIDUL AYYAM - penghulu segala hari.Di hari JUMAAT lah kehidupan manusia di dunia bermula dan pada hari ini jugalah kehidupan dunia akan berakhir.


Thursday, September 24, 2009

BERDOA, BERZIKIR, BERTASBIH, MEMBACA AL-QURAN DAN BERTAFAKKUR...

Imam al-Ghazali rahimullah ada berpesan mengenai hari Jumaat: "Dan hendaklah engkau bahagikan masa mu di hari jumaat dari selepas SOLAT SUBUH sehingga TERBIT MATAHARI kepada 4 bahagian:

1. BERDOA
2. BERZIKIR dan BERTASBIH
3. MEMBACA AL-QURAN
4. BERTAFAKKUR

Sunday, September 20, 2009

DOALAH DI BULAN SYAWAL .... BULAN KEMENANGAN BAGI MUSLIMIN

Alhamdulillah... kita telah sampai ke penghujung ramadan dan kini memasuki syawal.. yang menandakan hari kemenaangan bagi mereka yang diterima puasa dan amalnya pada bulan ramadan yang mulia... marilah kita berdoa dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yang baik untuk kita terus beramal dan mengerjakan suruhan Allah SWT. Amiin.

Thursday, September 17, 2009

BERISTIGHFARLAH … DAN BERDOALAH DENGAN RASA PENUH RENDAH DIRI…

 
Ada tikanya kita rasa sudah tidak ada ikhtiar lagi… ada tika kita rasa sudah tidak ada jalan keluar lagi… ada tika kita rasa inilah kesudahannya…
Tika usaha dan ikhtiar seakan tidak menjanjikan satu kepastian… tika hampir kepada perasaan putus asa…tika itu keinsafaan timbul…
Sesungguhnya kita hanyalah insan kerdil dan lemah… Sesungguhnya kita insan sombong yang sering alpa… Sesungguhnya kita tidak berdaya apa-apa…
Saat genting kita di ambang ketandusan harap… Saat itu kita berpaling mencari ALLAH SWT tempat mengadu…mulalah kita menadahkan kedua-dua tangan,
Menengadah ke langit lalu menyebutkan kalimat demi kalimat yang berisi permohonan…


YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI… AMPUNKANLAH KAMI…


"YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN TERIMALAH TAUBATKU. SESUNGGUHNYA ENGKAU ZAT YANG MAHA MENERIMA TAUBAT DAN MAHA PENYAYANG."


"ORANG YANG MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR, MAKA ALLAH SWT AKAN MENJADIKAN KEMUDAHAN DALAM SETIAP KESUSAHANNYA DAN MEMBERIKAN JALAN KELUAR DARI

SETIAP KESEMPITAN DAN MEMBERINYA REZEKI DARI JALAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA."

Wednesday, September 16, 2009

LAILATUL QADR

"YA ALLAH, KURNIAKANLAH AKU PADA HARI INI KEUTAMAAN LAILATUL QADR, ALIHKAN URUSANKU DARIPADA KESUKARAN KEPADA KEMUDAHAN, TERIMALAH PERMINTAAN MAAFKU DAN HAPUSKAN DARIPADAKU DOSA DAN KESALAHAN, WAHAI YANG MAHA MENGASIHANI HAMBA-NYA YANG SOLEH."

Saturday, September 12, 2009

DOALAH - IANYA SATU IBADAH

Assalamualaikum wbt. Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan dan rahmat ALLAH SWT. 


DOA secara lisan dan hati adalah ucapan lisan dan getaran. Ia berupa permohonan serta pujian kepada ALLAH SWT dengan cara-cara tertentu.


Menurut istilah pula ia adalah permohonan kepada ALLAH SWT supaya ia mendatangkan sesuatu yang bermanfaat dan menjauhkan segala bentuk kemudaratan.


Oleh itu dua makna yang terkandung dalam doa ialah:  

1 SUPAYA YANG BERMANFAAT TETAP ADA DAN ABADI MELEKAT PADA DIRI KITA DAN DIUSAHAKAN SUPAYA TIDAK HILANG 

 2 SUPAYA YANG MUDARAT HILANG DAN TIDAK DATANG KEPADA KITA 

Dan sesungguhnya aktuviti menjaga manfaat dan mengusir mudarat, pada dasarnya adalah ibadah.


Oleh itu BERDOA dengan sendirinya adalah satu IBADAH. Alhamdulillah.


Marilah kita bersama-sama melaksanakan ibadah ini... mudah-mudahan ALLAH SWT menerimanya.

Thursday, September 10, 2009

DOALAH UNTUK KEDUA IBU BAPA TANPA JEMU

Rassulullah s.a.w. pernah bersabda :
" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
masih hidup atau yang telah pulang ke rahmatullah)
... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."



Berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w. 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meningallkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang  masih hidup
mahupun yang sudah meninggal dunia)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa
 untuk kedua ibu bapa
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. ....tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar dan bersungguh-sungguh)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa
Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang ALLAH SWT limpahkan kepada kita (eg: nikmat makan, kesihatan, kasih sayang, suami, isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah , ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
BerUSAHA, BerDOA dan BerTAWAKAL. .
Di antara doa yang dianjurkan ialah:
Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Amiin  Yarabbalalamin . (Doa ini untuk  ibubapa kita yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal dunia : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa-dosa orang tuaku, tempatkanlah bapaku / ibuku di tempat orang-orang yang beriman.
Wassalam
CACATAN;
dipetik daripada
Label: kuliah subuh http://budaktoyol.blogspot.com/2009/09/doalah-kpd-org-tua-kita.html
semoga kita semua mendapat keberkatannya.Amin

Wednesday, September 9, 2009

KASIH IBU BAWA KE SYURGA

CATATAN : Kasih ibu membawa ke syurga
Abu Sumaiyah Abdullah

Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.
Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.

Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri.Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).
Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.Dua kisah berikut cukup untuk mengingatkan kita supaya menghormati, menyayangi dan melebihkan ibu. Ia patut dijadikan iktibar supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu.

l- Kisah yang berlaku kepada ahli ibadat daripada keturunan Bani Israel bernama Juraij.Beliau berhadapan dengan fitnah besar hanya kerana mementingkan sembahyang sunat daripada menyahut panggilan ibunya.Akhirnya, beliau difitnah oleh seorang pelacur yang mendakwa mereka ada hubungan sulit hingga melahirkan anak. Mujurlah dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh bercakap dan menceritakan siapakah bapanya yang sebenar.

2- Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah juga perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut.Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup.Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya.Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.

Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung.Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun.
Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud :Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa takjub bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.Lantas Baginda ditanya : Bagaimana seorang itu mengutuk ibu bapanya?Jawab baginda : Apabila orang itu memaki-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ayahnya. Kemudian dia memaki-maki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ibunya!Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati kedua-duanya jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang disuruh asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar.Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa.

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita.

Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya.Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat.Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya.Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.

Ingatlah pesanan Rasulullah : Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah mengampuni mereka.Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.

Marilah kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman : “Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14).
Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah.

Ingatlah firman Allah ini : Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tua, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil.” (Al-Isra’: 23-24).

Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi.Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin.

Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah.Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita.Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia.

Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.Akhir sekali kepada ibu, semoga kasih sayang yang diberi membawa anak ke syurga, kerana syurga adalah tempat idaman yang diidam-idamkan oleh seluruh mereka yang bergelar.

Kepada anak pula, kasihlah ibu tanpa berbelah bagi, kerana kasih sayang terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke syurga.
Amin.

CATATAN:
dipetik drp
http://iqhabib.blogspot.com/2007/05/kisah-kasih-ibu.htmlsemoga kita semua sama-sama mendapat keberkatannya

DOA ANAK SOLEH / SOLEHAH UNTUK IBU

Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka. Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkanlah hatiku untuk mereka. Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku, Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, Apa saja cabaran yang telah mereka rasakan, atau kesusahan yang mereka deritai kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, jadikanlah itu semua Penyebab gugurnya dosa-dosa mereka, Mulianya kedudukan mereka dan Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Mari kita bersama-sama mengenang sebarang dosa yang pernah kita lakukan terhadap orang tua kita. Siapa tahu mungkin hidup kita dirundung nestapa karena kedurhakaan kita terdahulu kepada mereka. Marilah kita mulai hari ini dengan memohon ampun kepada kedua orang tua kita, agar keampunan daripada mereka itu inshaAllah akan membawa keberkatan dalam hidup kita. Amiin.
CATATAN
Doa ni diambil daripada satu blog hamba Allah..syukran ya..
http://kubertatihdibumimuyaallah.blogspot.com/2009/06/doalah-untuk-kedua-orang-tu-kita-selagi.html
mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan. wassalam

MALAM LAILATUL QADAR ... BERDOALAH DI MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN ...

Setiap umat Islam pastinya ternanti-nanti dan sangat berharap agar dirinya terpilih untuk menikmati MALAM LAILATUL QADAR,  iaitu suatu malam dalam RAMADAN YANG MULIA ini yang lebih baik daripada SERIBU BULAN... Marilah kita sama-sama berusaha menghidupkan malam-malam terakhir RAMADAN  dengan amalan-amalan yang baik yang mudah-mudahan diterima oleh ALLAH SWT.  Dan mudah-mudahan kita terpilih untuk mendapat rahmat  MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN INI ... AMIN YA RABBAL ALAMIIN.

Lailatul Qadar ialah suatu malam yang penuh kemuliaan dan keagungan kerana pada malam itulah permulaan turunnya al-Quran. Di malam ini ALLAH SWT  menurunkan AL-QURAN dan membuka pintu rahmat untuk hambaNYA yang meminta.


Marilah kita memanfaatkan kesempatan sepuluh malam terakhir bulan RAMADAN dengan BERMUNAJAT dan QIYAMULLAIL kepada ALLAH SWT.


Alangkah bahagianya jika kita diberikan hidayah sebagi orang yang mampu menyemarakkan malam yang penuh barakah ini dan alangkah beruntungnya jika kita tergolong dalam orang -orang yang berhasil meraih pahala LAILATUL QADAR.


LAILATUL QADAR adalah suatu malam di mana "perniagaan" yang "menguntungkan" tersedia untuk mereka yang mengetahui dan mengambil peluang daripadanya... beruntunglah bagi mereka yang bersedia untuknya...


Perbanyakkanlah DOA di malam-malam terakhir RAMADAN ini mudah-mudahan ALLAH SWT memilih kita untuk mendapat malam yang dinanti-nantikan semua umat Islam yang beriman...



Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang yang beruntung dengan mendapatkan malam LAILATUL QADAR sehingga kita berbahagia di dunia dan akhirat.

Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni."
(HR Muttafaq Alaihi)

Monday, September 7, 2009

DOA IBU SANGAT MUSTAJAB...

KAEDAH BERDOA UNTUK IBU-IBU...



NABI MUHAMMAD s.a.w. telah bersabda:

"DOA ADALAH IBADAH"
(riwayat Abu Dawud )


"Sesiapa yang ingin dikabulkan doanya oleh ALLAH ketika ia dalam keadaan susah, maka ia memperbanyakkan berdoa ketika ia dalam keadaan senang"

(riwayat Abu Dawud )

DOA TAUBAT