Thursday, October 22, 2009

BERDOALAH DENGAN RENDAH DIRI DAN SUARA YANG PERLAHAN

Setiap kali kita berdoa, ingatlah bahawa tempat kita panjatkan doa kita ialah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah SWT:

Ertinya: Tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau nyaring, (sama sahaja keadaanya kepada Allah SWT), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(surah al-Mulk: 13)

Ertinya: Sama sahaja kepada-NYA sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya secara terang. 
(surah al-Ra'd: 10)

Maksud kedua-dua ayat di atas jelas bahawa Allah SWT mengetahui apa yang kita sembunyikan dan apa yang kita nyatakan dengan terus terang. Sememangnya kita tidak dilarang untuk berdoa dengan suara yang nyaring, tetapi kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa berdoa dengan suara yang perlahan lebih utama dan lebih baik.

Ini dijelaskan lagi melalui firman Allah SWT:

Ertinya: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(surah al-A'raf: 55)

0 comments: