Thursday, November 26, 2009

DOA UNTUK IBU DAN AYAH

"YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA AYAH DAN IBU. YA ALLAH, JAUHILAH AYAH DAN IBU DARIPADA SEKSAAN KUBUR DAN TEMPATKAN MEREKA DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN, BERAMAL SOLEH DAN BERIKANLAH SYURGA YANG ISTIMEWA BUAT MEREKA, SYURGA FIRDAUS YA ALLAH." AMIIN YA RABBAL ALAMIIN.

DOA DI ARAFAH - WUKUF DI ARAFAH ADALAH KEMUNCAK HAJI

WUKUF DI ARAFAH ADALAH KEMUNCAK HAJI.Masanya agak pendek. Mula masuk waktu zuhur sampailah terbenam matahari. kira-kira 5 jam sahaja. berdoalah kepada ALLAH -

ALLAH BERJANJI, DOA KITA AKAN DIANGKAT KE LANGIT DAN DIBERIKAN KEAMPUNAN.

Bagi mereka yang menunaikan fardhu haji ambilllah peluang ini sebaik-baiknya. sesungguhnya
ALLAH SWT MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

doakan kami ibu ... Arafah adalah kemuncak haji

Alhamdulillah... dengan izin Allah SWT ibu , kakak, sahabat saya suami isteri dan seoarng kenalan ibu -  dapat bersama-sama menunaikan fardhu haji pada tahun ini... Alhamdulillah juga.. dengan teknologi terkini... dengan adanya mobile phone maka kami sentaisa dapat berhubung bertanya khabar dan tidak ketinggalan memohon restu ibu mendoakan kami sekeluarga. pelbagai  doa dimohonkan... terima kasih ibunda kerana sentiasa sudi mendengar permintaan kami untuk mendoakan kami ketrika ibu di sana...

Syukur Alhamdulilllah dipanjatkan ke hadrat Ilahi - dengan izin-NYA - meletakkan ibu kami dan kenalannya serta kakak kami dalam satu kumpulan dengan sahabat saya dan isterinya.Inilah kemudahan yang Allah SWT berikan kepada saya - jadi lapanglah dada kerana sahabat sepersekolahan menjadi ketua kumpulan ibu saya di tanah suci mekah. terima kasih sahabatku. Semoga Allah SWT sentiasa  memberikan rahmatNYA  kepada saudara sekeluarga di atas budi baik dan suasah payah saudara suami isteri membantu dan menjaga kesejahteraan ibu kami  dan rombongannya.

Saturday, November 21, 2009

DOA BANGUN DARI TIDUR

Daripada Huzailah ibn al Yamani dan ABu Zar, menyatakan bahawa Rasulullah SAW apabila bangun dari tidur, baginda membaca:

"Segala puji bagi ALLAH SWT yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami, dan kepada-NYA-lah tempat kembali".

Friday, November 20, 2009

DOA SEBELUM TIDUR

Daripada Abu Zar  berkata, "Apabila Rasulullah SAW hendak tidur, maka baginda membaca:

"Dengan menyebut nama-MU ya ALLAH,
aku mati dan aku hidup".

Friday, November 13, 2009

doalah

Hampir setiap hari pada ketika ini hari hujan.... maka ramai di antara kita yang mengeluh kerana hujan... pelbagai alasan yang kita berikan... cuma -  mari kita renung kembali... semasa hari-hari tidak hujan... cuaca panas... apakah komen kita??? panasnya hari ni... tak tahannya aku... hujanlah naknya... begitulah kita manusia... yang tak pernah puas.. tak pernah cukup... dan mungkin juga tak pernah bersyukur... Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosa kami...sesungguhnya ENGKAU maha pengampun. Amin Ya Rabbal Alamin.

Marilah kita mengambil peluang di hari-hari HUJAN ini untuk memperbanyakkan DOA....bukankah antara waktu yang mustajab DOA kita ialah di ketika hari HUJAN...

doa

sudahkah kita berdoa hari ini? marilah kita panjatkan
DOA kepada ILAHI.

Friday, November 6, 2009

DOA - BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

Sebagai insan kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan ALLLAH  SWT. Yakinlah ALLAH SWT sentiasa melimpahkan rahmatNYA.

DOA YANG TERTANGGUH ADA HIKMAHNYA

Sesungguhnya DOA itu sentiasa diterima oleh ALLAH SWT. Jika ia kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang menganggunya.Mungkin permohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan.Sesungguhnya ALLAH SWT LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA.

Namun setiap DOA tidak sia-sia.pahala tetap diberikan. Kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat.Maka ada DOA  yang kita panjatkan kepada Allah SWT diterimaNYA di dunia.Ada yang tidak diberi disebabkan hikmatNYA -  yang ALLAH SWT sahaja yang lebih mengetahuinya. Lalu DOA itu disimpan disisiNYA untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk hamba yang berdoa itu.

Atau DOA  itu ditukarkan dengan kebaikan lain seperti diselamatkan daripada pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya kita tidak pernah menduga. Betapa banyak bahaya yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh ALLAH SWT.