Thursday, November 26, 2009

doakan kami ibu ... Arafah adalah kemuncak haji

Alhamdulillah... dengan izin Allah SWT ibu , kakak, sahabat saya suami isteri dan seoarng kenalan ibu -  dapat bersama-sama menunaikan fardhu haji pada tahun ini... Alhamdulillah juga.. dengan teknologi terkini... dengan adanya mobile phone maka kami sentaisa dapat berhubung bertanya khabar dan tidak ketinggalan memohon restu ibu mendoakan kami sekeluarga. pelbagai  doa dimohonkan... terima kasih ibunda kerana sentiasa sudi mendengar permintaan kami untuk mendoakan kami ketrika ibu di sana...

Syukur Alhamdulilllah dipanjatkan ke hadrat Ilahi - dengan izin-NYA - meletakkan ibu kami dan kenalannya serta kakak kami dalam satu kumpulan dengan sahabat saya dan isterinya.Inilah kemudahan yang Allah SWT berikan kepada saya - jadi lapanglah dada kerana sahabat sepersekolahan menjadi ketua kumpulan ibu saya di tanah suci mekah. terima kasih sahabatku. Semoga Allah SWT sentiasa  memberikan rahmatNYA  kepada saudara sekeluarga di atas budi baik dan suasah payah saudara suami isteri membantu dan menjaga kesejahteraan ibu kami  dan rombongannya.

0 comments: