DOA merupakan ungkapan permohonan yang ditujukan hanya kepada ALLAH SWT semata-mata. Apabila kita mengharapkan sesuatu hajat atau keperluan dapat dicapai, maka restu dan redha ALLAH SWT sentiasa dipohonkan.
DOA adalah satu anugerah ALLAH SWT kepada umat-NYA yang lemah dan tidak berdaya. Lantas sebagai manusia yang beriman, wajar sekali kita sentiasa insaf bahawa dalam mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan ALLAH YANG MAHA AGUNG dan MAHA PENGURNIA.
...Sahabat-sahabatku marilah kita BERDOALAH MULAI SEKARANG...
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri. Oleh itu, ampunkanlah diriku yang bersalah ini."
"Ya Allah, Aku berlindung kepada-MU daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar dan daripada jiwa yang tidak berasa puas."
"Ya Allah, Ampuni dosaku, kesalahanku, kebodohanku dan perbuatan melampaui batas dalam diriku, dan segala perkara yang dikau lebih mengetahui daripada diriku."
AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN.
0 comments:
Post a Comment